
Masa kini blogging telah menjadi satu trend yang amat diminati semua orang di seluruh dunia. Terutamanya di Malaysia aktiviti blogging sedang berkembang pesat dan merupakan satu aktiviti yang amat menarik untuk diceburi. Topik-topik yang digunakan oleh penerbit blog merangkumi berbagai aspek - kewangan, sosial, politik atau apa saja topik baik yang biasa mahupun yang luarbiasa.
Mendapatkan trafik yang tinggi di dalam senarai ranking enjin carian adalah sangat penting kepada blogger. Oleh itu ramai yang telah berusaha untuk mencari program-program SEO dengan tujuan untuk mendapat pendedahan yang lebih meluas dan juga untuk mendapat pelawat-pelawat berkunjung ke laman web mereka. Daripada kunjungan-kunjungan tersebut, adalah diharapkan ianya dapat diarahkan kepada pulangan dalam bentuk kewangan.
Para pengiklan pula, sanggup membelanjakan berjuta-juta malah berbilion-bilion setahun untuk tujuan promosi. Mendapat pendedahan yang meluas di internet adalah begitu penting sekali bagi para pengiklan untuk mengaut keuntungan yang diharapkan.
Daripada bayaran, mencari ruang yang sesuai untuk meletak iklan dan semua proses yang perlu dilakukan oleh pengiklan merupakan satu proses yang tiada hentinya. Hinggakan ada kalanya segala proses itu bertukar menjadi mimpi ngeri, apabila ianya tidak membawa sebarang keuntungan, malah mendatangkan kerugian pada sesetengah keadaan. Walaupun begitu, ramai yang masih tidak patah semangat dan meneruskan usaha dalam mencari tapak yang sesuai untuk mendapat keuntungan suatu hari nanti.
Semua usaha ini tidak boleh dipandang remeh. Oleh itu, Advertlets sedar tentang usaha ini dan telah menjadi penyelamat kepada ramai orang. Advertlets membuka pintu kepada banyak peluang yang selama ini hanya nampak samar-samar sahaja.
Mengapa ramai orang memilih untuk mendapat dengan Advertlets? Jawapannya sungguh mudah. Advertlets adalah satu program yang memberi keuntungan kepada dua belah pihak : pengiklan dan penerbit blog. Kini semua orang boleh bergembira dan melepaskan nafas lega dengan kemunculan Advertlets.
Advertlets beribu pejabat di Malaysia dan syarikat ini menyediakan perkhidmatan pengiklanan yang khusus untuk sesuatu blog. Ini bermakna hanya iklan yang sesuai sahaja akan diletakkan ke dalam blog-blog yang mempunyai tajuk-tajuk yang berlainan.
Oleh kerana Advertlets beribu pejabat di Malaysia, rakyat Malaysia khususnya berasa selamat kerana faktor demografi yang memudahkan mereka berurusan dengan Advertlets. Di samping itu, apa jua masalah dapat diselesaikan dengan berjumpa terus dengan pihak pengurusan.
Orang ramai juga memilih untuk mendaftar dengan Advertlets kerana mereka dapat memilih berbagai cara untuk meletakkan iklan di dalam blog mereka. Bayaran yang diberi juga merupakan satu motivasi yang menyebabkan ramai orang mahu mendaftar dengan Advertlets.
Satu lagi daya tarikan
Advertlets ialah para ahli boleh mengundi tentang cara pengurusan Advertlets dan bagaimana format pengiklanan dijalankan. Ini adalah satu keistimewaan yang jarang diberikan kepada ahli oleh mana-mana program pengiklanan seumpamanya.
Apakah yang diingini oleh ahli setelah mereka mendapat di dalam Advertlets? Kebanyakan ahli berpendapat yang mereka ingin mendapatkan pendedahan yang meluas di internet dan dengan itu berupaya untuk menarik ramai pengunjung ke blog mereka. Adalah diharapkan bahawa Advertlets mampu membuktikan ketrampilannya dan kredibilitinya dalam merealisasikan impian para ahli.
Ramai juga yang berharap yang Advertlets boleh memberikan mereka network yang lebih baik dan dengan itu mereka berupaya menggabungkan idea dan skill internet mereka untuk mencipta idea-idea lain yang lebih menarik dan kreatif.
Selain itu pembayaran yang dibuat oleh Advertlets kepada para ahli juga merupakan satu motivasi. Adalah diharapkan yang lebih ramai ahli dapat menerima bayaran yang lebih lumayan di masa akan datang.
Ahli juga berharap mereka akan dapat mengembangkan kemahiran entrepreneurship dan dapat berhubung dengan para penerbit blog yang lain untuk tujuan mendapatkan lebih peluang.
Akhir sekali, ramai ahli berharap yang
Advertlets akan terus kekal dan berkembang dengan pesat. Jika
Advertlets berupaya menjadi program nombor satu di senarai tempatan, sudah pasti semua ahli akan kekal di situ dan ramai ahli baru yang akan muncul. Adalah diharapkan
Advertlets akan berjaya bukan saja di Malaysia, bahkan di seluruh dunia.
Kepada anda yang belum menyertainya, rebut peluang keemasan di depan mata anda segera dengan
klik di sini untuk mendaftar.
2 comments:
I recently came across your blog and have been reading along. I thought I would leave my first comment. I don't know what to say except that I have enjoyed reading. Nice blog. I will keep visiting this blog very often.
Sharon
http://www.autoloans101.info
nice blog
Post a Comment