Monday, April 30, 2007

Pengumuman terkini Viewbar AGLOCO

Menurut sumber daripada Pentadbir AGLOCO, pasukan teknikal mereka yang berpusat di Shanghai sedang bertungkus-lumus menyiapkan segala keperluan untuk Viewbar dan difahamkan mereka bekerja 7 hari seminggu untuk memastikan segalanya berjalan lancar. Jangkaan yang dibuat untuk pelancaran Viewbar di antara 2 hingga 16 April tidak dapat dilaksanakan kerana AGLOCO menginginkan hasil yang terbaik untuknya dan juga untuk ahli-ahlinya agar Viewbar dapat dihasilkan dengan cara yang terbaik dan mampu menjana hasil pendapatan untuk kita semua.Oleh itu kita perlu bersabar sebentar.

Sehingga kini segala ujian kawalan mutu (QA test) terhadap Viewbar berjalan lancar kecuali server iklan yang perlu ditambahbaik agar mampu menampung paparan iklan serta menjana hasil (revenue) bagi ahli-ahlinya apabila ia dilancarkan nanti.

Berita baik untuk anda

AGLOCO sedang melancarkan 50,000 Viewbar untuk ahli-ahli yang terawal, dan seterusnya bercadang untuk melancarkan 50,000 Viewbar seterusnya setiap hari kepada ahli yang mendaftar sebelum pelancarannya. Ini bermakna setiap ahli berdaftar akan mendapat viewbar dalam tempoh 10 hingga 11 hari yang pertama. Di harapkan semua perancangan ini akan dapat dilaksanakan.

Semua ahli AGLOCO juga adalah diingatkan bahawa pendapatan awal yang diperolehi tidak akan ditukarkan kepada wang tunai serta-merta (pendapatan AGLOCO sekarang adalah dalam bentuk tempoh jam terkumpul). Ini adalah untuk memberi ruang kepada AGLOCO untuk mengumpul dan membuat pengagihan keuntungan hasil daripada penaja-penaja yang mengiklankan produk mereka dalam AGLOCO. Anda juga harus tahu bahawa AGLOCO juga mempunyai kos operasi sebelum bermula. Adalah penting untuk anda mula mengumpul tempoh jam apabila Viewbar AGLOCO telah dilancarkan kerana jumlah tempoh jam yang kita kumpul itu akan menentukan pendapatan kita nanti. Ingatlah bahwa setiap jam yang anda peruntukan untuk Viewbar AGLOCO tidak akan disia-siakan sebaliknya anda akan dibayar!.

Oleh itu bagi sesiapa yang belum menyertainya, sertai sekarang sebelum terlambat.Hanya 5 minit diperlukan untuk anda mendaftar.Daftar sekarang sebelum terlambat dengan klik di sini.

0 comments:

!--nuffnang -->